|
SALURAN-SALURAN SUMBANGAN TAKAFUL
Perlindungan Takaful anda berkuatkuasa selagi sumbangan dibuat tepat pada masa. Melalui bantuan khidmat dan nasihat wakil Raudhah Agency yang amat terlatih, telah pasti sumbangan anda telah dibuat aturan yang selesa untuk anda agar sumbangan anda tidak tertinggal.
Namun begitu, bukan semua perkara adalah di dalam jangkaan kita pada setiap masa. Sekiranya atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, sumbangan anda tidak sampai kepada Takaful Nasional, adakah anda mengetahui cara-cara untuk menjelaskan sumbangan Takaful anda tanpa merujuk kepada perunding Takaful anda?
Di sini, akan dihuraikan saluran-saluran sumbangan Takaful dan langkah-langkah untuk melaksanakannya.
Langkah 1 MENGENALPASTI PUSAT-PUSAT KHIDMAT DAN CAWANGAN-CAWANGAN
Sila layari http://www.takafulnasional.com.my/index.php?ch=tn_korporat untuk mengenalpasti pusat khidmat pelanggan atau cawangan Takaful Nasional yang berhampiran dengan anda.
Selain pusat-pusat khidmat pelanggan dan cawangan-cawangan yang disenaraikan di atas, pejabat Takaful Nasional lain yang anda biasa jumpa adalah pejabat agensi. Sebarang urusan, terutamanya urusan bayaran sumbangan, yang dibuat di pejabat agensi adalah atas risiko anda sendiri.
Langkah 2 MENENTUKAN KEKERAPAN SUMBANGAN ANDA
Anda boleh menjelaskan sumbangan Takaful dalam kekerapan-kekerapan di bawah, yang mana lebih selesa untuk anda:
Bulanan
Suku Tahunan (Setiap 3 bulan)
Setengah Tahunan (Setiap 6 bulan)
Tahunan
Langkah 3 MENENTUKAN CARA SUMBANGAN ANDA
Sumbangan Takaful boleh diterima dalam cara-cara yang berikut:
Tunai
Anda boleh menjelaskan sumbangan anda dengan tunai di mana-mana cawangan atau pusat khidmat pelanggan Takaful Nasional di seluruh Malaysia. Resit sumbangan akan dikeluarkan serta-merta di kaunter pembayaran.
Cek
Sumbangan dengan cek boleh dilakukan di mana-mana cawangan atau pusat khidmat pelanggan Takaful Nasional di seluruh Malaysia. Resit sumbangan akan dikeluarkan serta-merta di kaunter pembayaran.
Anda juga boleh mengirim cek anda ke mana-mana cawangan atau pusat khidmat pelanggan Takaful Nasional di seluruh Malaysia. Resit sumbangan akan dipos kepada anda selepas cek dijelaskan.
Sila pastikan anda mencatat nama, nombor kad pengenalan, nombor sijil, nombor telefon, dan alamat lengkap anda di belakang cek.
Kad Kredit
Anda boleh menjelaskan sumbangan anda dengan kad kredit di mana-mana cawangan atau pusat khidmat pelanggan Takaful Nasional di seluruh Malaysia, yang mempunyai kemudahan bayaran kad kredit. Resit sumbangan akan dikeluarkan serta-merta di kaunter pembayaran.
Demi mengelakkan kekecewaan, anda digalakkan untuk menghubungi cawangan atau pusat khidmat pelanggan Takaful Nasional yang bakal anda lawati dan memastikan kemudahan bayaran kad kredit di kaunter disediakan.
Anda juga boleh membuat autodebit melalui kad kredit sekiranya anda adalah pemegang kad kredit Maybank. Sila hadir ke mana-mana cawangan atau pusat khidmat pelanggan Takaful Nasional untuk dapatkan borang permohonan Autodebit Kad Kredit Maybank.
Potongan Gaji
Kemudahan potongan gaji mungkin telah disediakan di tempat kerja anda. Sila rujuk bahagian gaji majikan anda bersama sijil Takaful anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang kemudahan ini.
Potongan Bank
Anda boleh menjelaskan sumbangan anda melalui potongan di akaun bank anda. Sila rujuk bank anda bersama sijil Takaful anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang kemudahan ini.
Bayaran Online Bank
Anda boleh menjelaskan sumbangan anda melalui kemudahan “online payment“ yang disediakan oleh bank anda.
Raudhah Illustration
Certificate Summary
TN Link |